Khasiat Bunga Kantan Anda Perlu Tahu

SUMO99 Lounge – Khasiat Bunga Kantan Anda Perlu Tahu Apakah khasiat bunga kantan pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat bunga kantan, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.

Sebut sahaja bunga kantan, pasti semua orang mengenali akan tumbuhan ini. Bunga kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Zingiberaceae.

Di Malaysia, bunga kantan sering di gunakan di dalam masakan seperti di gunakan untuk pembuatan laksa dan di gunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit.

To know Malaysia is to love the bunga kantan | The Star

SUMO99 – Tahukah anda bahawa bunga kantan juga mempunyai pelbagai kelebihan terhadap kesihatan. Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan bunga kantan.

Terdapat pelbagai komponen berkhasiat yang terdapat pada bunga kantan. Antaranya ialah fenol, flavonoid, glokosida, saponin, tannin, dan terpenoid. Pada bahagian daun, bunga, dan batang bunga kantan, terdapat kandungan fenolik dan flavonoid yang tinggi. Selain itu, kandungan kaempferol dan antosianin juga bersifat anti radang dan anti toksik.

Bersifat anti tumor

SUMOQQ – Terdapat satu kajian telah di jalankan di Malaysia dengan tujuan untuk mengasingkan komponen yang bersifat anti tumor dan sitotoksin dari bunga kantan. Kajian ini menemukan bahawa ekxtrak CHCI dan MeOH dari bunga kantan mempunyai sifat anti tumor yang tinggi di mana ianya mempunyai kadar pencegahan yang tinggi.

Mengawal paras kolesterol

Khasiat Bunga Kantan Anda Perlu Tahu Bunga kantan mempunya kandungan serat yang tinggi. Kandungan serat di dalam bunga kantan yang di keringkan boleh mencapai sehingga 17%. Di dalam pengawalan paras kolesterol, salah satu aspek yang perlu di titik beratkan adalah pengambilan serat di mana serat dapat membantu untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik di dalam badan.

Bersifat anti mikrob

Kajian telah menemui bahawa terdapat beberapa komponen bunga kantan seperti daun yang mempunyai sifat anti mikrob dan anti kulat. Hal ini kerana bunga kantan mempunyai kandungan flavonoid, dan fenolik yang tinggi. Komponen-komponen ini mampu untuk merosakkan sel membran mikroorganisma tersebut.

Bersifat anti oksida

Selain bersifat anti tumor dan anti oksida, Bungan kantan juga terbukti mempunyai sifat anti oksida di mana ianya berpotensi untuk mengurangkan radikal bebas di dalam badan dan mencegah kerosakkan sel. Hal ini sekali lagi kerana kandungan flavonoid dan fenolik di dalamnya.

Mengawal paras gula

Bagaimana bunga kantan dapat mengawal dan mencegah hiperglisemik? Bunga kantan dapat menghalang sejenis enzim lalu melambatkan penyerapan karbohidrat dan mengurangkan kadar penyerapan gula. Hal ini akan membantu untuk menurunkan paras gula di dalam darah.

Merawat sakit telinga

Tahukah anda bahawa bunga kantan dapat digunakan secara tradisional untuk merawat sakit telinga? Air rebusan bunga kantan boleh dititiskan ke dalam telinga selama beberapa kali untuk merawat masalah tersebut.

Merawat luka

Selain itu, daun bunga kantan juga digunakan secara tradisional untuk merawat luka pada kulit badan. Caranya dengan meletakkan bunga kantan di kawasan-kawasan yang luka untuk merawat luka tersebut. Kandungan anti mikrobnya juga mampu untuk mencegah jangkitan pada kawasan luka.

Konklusinya, bunga kantan bukan sahaja boleh digunakan sebagai penambah rasa dan penyedap makanan, malah ianya terbukti mempunyai pelbagai kelebihan lain terhadap kesihatan tubuh badan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama terus mengamalkan pengambilan ulam-ulaman tradisional untuk kesihatan tubuh badan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *